Setelah sekian lama akhirnya kita kembali di sini menjadi blogger π
Blog ini sebenarnya untuk koleksi2 BOLLYWOODY saya. Sebenarnya selama ini saya banyak active di Shopee Live iOWN Enterprise. Boleh follow kita ye!
Sejak2 Pademic ni banyak sangat cabaran yang kita semua perlu lalui kan.
Macam saya, Butik di Central Market, Kuala Lumpur tutup start Lockdown 18/03/2020 sampai 03/05/2020. Start operasi kembali pada tarikh 04/05/2020. Biarpun kita sudah dibenarkan beroperasi semula, seperti yang kebanyakkan tahu Central Market adalah kawasan tumpuan pelancong asing. Jadi almost 95% sumber pendapatan peniaga-peniaga di sini memang bergantung dengan pelancong dari luar. Dan pada ketika ini pintu masuk Negara masih tidak beroperasi. Lapangan Terbang domestik juga tidak beroperasi apa lagi Lapang Terbang antarabangsa kan.
Kami sebagai peniaga-peniaga kecil di Mall ini memang sangat RISAU sangat2 RISAU. Sebab dengan sewa kedai, gaji perkerja lagi, kos pengangkutan harian, kos makanan dan kos bil api lagi. Jadi dengan kerjasama hampir semua peniaga di dalam mall ini kita sebulat suara bersuara dengan pihak Management untuk menutup kedai dalam tempoh lebih kurang 3 bulan tanpa sewa. Dan dengan kata sepakat bersama akhirnya pihak Management bersetuju untuk menutup mall dari 1st June sampai 31 August tanpa sewa.
Sedikit kelegaan disitu π
Jadi sepanjang 3 bulan ni saya fokus berjual dalam Ecommerce platform. Puji Tuhan feedback yang saya dapat sangat memberansangkan. Tapi still bergantung dengan product apa yang dijualπ.
Sampai 1 ketika saya terfikir. Kalau nanti lepas Central Market kembali beroperasi dan perniagaan saya tidak menampakkan hasil positif tiada cara lain selain berhenti seketika dari menyewa kedai. Saya akan hanya fokus dengan Ecommerce saya dari warehouse sahaja. Buat apa sewa kedai kalau hasilnya tidak mampu cover perbelanjaan kan.
Dalam keadaan sekarang apa yang saya dan kamu kena selalu beringat adalah cuba segala cara untuk meminimumkan perbelanjaan yang tidak memberi apa2 manfaat. Banyak masa terluang kan sejak Lockdown jadi telephone memang tidak pernah lepas dari tangan jadi erkembangan semasa cepat sahaja kita baca kan. Macam2 berita atau coretan yang ada di media sosial. Seperti, ada keluarga yang hilangan sumber pendapatan masa pademic, ada yang hilang kerjaan, ada yang terpaksa keluar dari rumah sewa sebab tidak mampu bayar sewa. Terlalu banyak.
Sejak pademic ni banyak benda yang mengajar saya untuk berfikir lebih jauh. Seperti setebal atau sebanyak manapun tabungan kita tetap akan susut bila kita asik pakai tapi tidak menambahnya kan. Ada 1/2 kawan2 yang dulu saya kenal kehulu kehilir pakai kereta besar2 tapi sejak pademic,kerja semua tidak ada jadi apa yang terjadi. Kereta kena tarik, Rumah juga bayar bulan2, saving habis. Terpaksa gadai sana sini, terpaksa cari rumah sewa lain sebab tidak mampu bayar sewa.
Bila nampak sendiri kejadian-kejadian macam ini sendiri, dengan mata sendiri. Saya banyak ambik moral of the story untuk peringatan diri sendiri.
Berjimat lah, Menabunglah. Jangan bila sudah jatuh ditimpa tangga masa itu baru sedar. Sudah TERLAMBAT. Perjalanan hidup kita memang berbeza2 tapi bijaklah untuk menyediakan payung sebelum hujan. (peringatan untuk diri sendiri juga)
Kita Manusia biasa tidak mampu untuk meramal apa akan terjadi keesokan hari kan.
Sekian perkongsian dari saya,
Jcyka
No comments:
Post a Comment