Tuesday 18 May 2021

Struggle is real untuk peniaga2 kecik musim2 Covid-19

 B-Bow Collections outlets at Central Market, Kuala Lumpur Malaysia closed on October 2020. Covid-19 really gave high and hard hit into my business. After 4 years finally i and my husband decided to closed down all our outlets in Kuala Lumpur. 

Memang bukan mudah untuk tutup kedai yang kita start dari kerja keras kita sendiri kan. Begitulah saya dan suami. Tapi disebabkan ekonomi yang tidak menentu dan ditambah lagi dengan pihak pengurusan bangunan yang tidak membantu, keputusan harus diambil kan. Selepas dalam 6 bulan bayar sewa kedai dari poket sendiri tanpa ada sesen pun hasil jualan yang dituai daripada kedai finally kita surrender. 

Tidak mengapa. Mungkin ini antara ujian Tuhan untuk tengok kekuatan mental dan physical serta iman kita kan. Ok kita terima. 

Semua stock kita simpan dalam rumah. Nasib kita masih berdua dengan suami.

Sekarang hanya fokus kan online sale sahaja. Bukan mudah tapi ya kita cuba sebaik mungkin. Biarpun kadang-kadang ada hari tu tak ada sale masuk tapi kita tak putus asa. 

Kita jual macam-macam. 

Stock baju kelawar tidak payah cakap memang bertimbun ada dalam 26 guni lagi yang kita tak buka. Sebab stock sampai ngam2 masa PKP april 2020. Tuhan je yang tau macam mana stress yang kita peniaga kecik2 kena hadap. 

Bila ramadhan tiba ada customer booking untuk borong sebab meerka nak berjual masa bazaar ramadhan tapi tup2 bazaar pula dibatalkan serata semenanjung. Adoi. Semua cancel order. 

Stock barang2 lain masa tutup kedai pun bertimbun nasib sahaja bukan barang makanan kalau tak semua kena buang sahaja sebab expired kan.

Stock punjabi suit, Punjabi tops, leggings, handicrafts, kasut2 buatan tangan masyarakat india. Banyak gila tak terkira. Semua dalam kotak.

Kita try buat business lain seperti perabot rumah tapi nasib tak bagus partner semua tak berguna. Jadi production perabot kita tutup. Perabot2 yang dah siap kita iklankan dalam online. Mana yang kita simpan dekat kilang ada yang rosak kena gigit tikus dan ada yang kena hujan disebabkan sekarang ni musim hujan. 

Struggle is real kawan2. 

Semoga kita terus kuat lah ya. Jangan putus asa. Mungkin satu saat rezeki kita akan datang balik seperti dulu. Berdoa dan jangan putus harapan lah ye. 

Thursday 16 July 2020

Pengajaran yang saya dapat semasa dan selepas pademic- Malaysia

Hi semua....

Setelah sekian lama akhirnya kita kembali di sini menjadi blogger 😂

Blog ini sebenarnya untuk koleksi2 BOLLYWOODY saya. Sebenarnya selama ini saya banyak active di Shopee Live iOWN Enterprise. Boleh follow kita ye! 

Sejak2 Pademic ni banyak sangat cabaran yang kita semua perlu lalui kan. 

Macam saya, Butik di Central Market, Kuala Lumpur tutup start Lockdown 18/03/2020 sampai 03/05/2020. Start operasi kembali pada tarikh 04/05/2020. Biarpun kita sudah dibenarkan beroperasi semula, seperti yang kebanyakkan tahu Central Market adalah kawasan tumpuan pelancong asing. Jadi almost 95% sumber pendapatan peniaga-peniaga di sini memang bergantung dengan pelancong dari luar. Dan pada ketika ini pintu masuk Negara masih tidak beroperasi. Lapangan Terbang domestik juga tidak beroperasi apa lagi Lapang Terbang antarabangsa kan.

Kami sebagai peniaga-peniaga kecil di Mall ini memang sangat RISAU sangat2 RISAU. Sebab dengan sewa kedai, gaji perkerja lagi, kos pengangkutan harian, kos makanan dan kos bil api lagi. Jadi dengan kerjasama hampir semua peniaga di dalam mall ini kita sebulat suara bersuara dengan pihak Management untuk menutup kedai dalam tempoh lebih kurang 3 bulan tanpa sewa. Dan dengan kata sepakat bersama akhirnya pihak Management bersetuju untuk menutup mall dari 1st June sampai 31 August tanpa sewa. 

Sedikit kelegaan disitu 😃

Jadi sepanjang 3 bulan ni saya fokus berjual dalam Ecommerce platform. Puji Tuhan feedback yang saya dapat sangat memberansangkan. Tapi still bergantung dengan product apa yang dijual😂. 

Sampai 1 ketika saya terfikir. Kalau nanti lepas Central Market kembali beroperasi dan perniagaan saya tidak menampakkan hasil positif tiada cara lain selain berhenti seketika dari menyewa kedai. Saya akan hanya fokus dengan Ecommerce saya dari warehouse sahaja. Buat apa sewa kedai kalau hasilnya tidak mampu cover perbelanjaan kan. 

Dalam keadaan sekarang apa yang saya dan kamu kena selalu beringat adalah cuba segala cara untuk meminimumkan perbelanjaan yang tidak memberi apa2 manfaat. Banyak masa terluang kan sejak Lockdown jadi telephone memang tidak pernah lepas dari tangan jadi erkembangan semasa cepat sahaja kita baca kan. Macam2 berita atau coretan yang ada di media sosial. Seperti, ada keluarga yang hilangan sumber pendapatan masa pademic, ada yang hilang kerjaan, ada yang terpaksa keluar dari rumah sewa sebab tidak mampu bayar sewa. Terlalu banyak. 

Sejak pademic ni banyak benda yang mengajar saya untuk berfikir lebih jauh. Seperti setebal atau sebanyak manapun tabungan kita tetap akan susut bila kita asik pakai tapi tidak menambahnya kan. Ada 1/2 kawan2 yang dulu saya kenal kehulu kehilir pakai kereta besar2 tapi sejak pademic,kerja semua tidak ada jadi apa yang terjadi. Kereta kena tarik, Rumah juga bayar bulan2, saving habis. Terpaksa gadai sana sini, terpaksa cari rumah sewa lain sebab tidak mampu bayar sewa. 

Bila nampak sendiri kejadian-kejadian macam ini sendiri, dengan mata sendiri. Saya banyak ambik moral of the story untuk peringatan diri sendiri. 

Berjimat lah, Menabunglah. Jangan bila sudah jatuh ditimpa tangga masa itu baru sedar. Sudah TERLAMBAT. Perjalanan hidup kita memang berbeza2 tapi bijaklah untuk menyediakan payung sebelum hujan. (peringatan untuk diri sendiri juga)

Kita Manusia biasa tidak mampu untuk meramal apa akan terjadi keesokan hari kan. 


Sekian perkongsian dari saya,
Jcyka 

Tuesday 23 July 2019

Baju kelawar / Baju Tidur / Baju Caftan

Product: Baju kelawar / Baju Tidur / Baju Caftan Size: free size 💯trusted seller and supplier 🇲🇾💯brand new products 👍 Notes: ✔️READY STOCK IN Malaysia ✔️order will be delivered next day after you make order (expect weekend / public Holiday) Shipping : SM 3 working days SS 7 working days Important notes:📢If weight increasing shipping cost will be different OK 📢📢Kalau nak dapatkan harga borong kena beli atas 100pcs ya!






Thursday 20 June 2019

💙CUSTOMER APPERCIATION💙

💙CUSTOMER APPERCIATION💙

PRODUCTS: GUJRATI DRESS 

THANK YOU 💚💙💛💜💟
GARDEN INTERNATIONAL SCHOOL KUALA LUMPUR, MALAYSIA 



💙CUSTOMER APPERCIATION💙

💙CUSTOMER APPERCIATION💙

PRODUCTS: HEAD to TOE is B-BOW COLLECTIONS

💖INDONESIA💖

💙CUSTOMER APPERCIATION💙

 💙CUSTOMER APPERCIATION💙

PRODUCTS: STONE HEAD PIECES

💝INDONESIA💝


💙CUSTOMER APPERCIATION💙

💙CUSTOMER APPERCIATION💙

PRODUCTS: Kid Jutti With BELL